Wednesday 26 June 2013

GAYA PEMAKANAN SIHAT



CARA
Amalkan makan satu sudu madu Lebah pada waktu malam sebelum tidur, diikuti dengan beberapa teguk air masak . Pada awal pagi pula (tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan, amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar.



MADU DAN KURMA
MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w:
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."


"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".


BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan


MENGAPA?
Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi.



Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.


Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.


Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.


BAGAIMANA ?
Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.



Khasiat Madu Lebah Asli


Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.


Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.


Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.


Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .


Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.


Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.


Khasiat Buah Kurma Segar


Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.
Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.



Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.



Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.



Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.



Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.



Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.


Sumber: http://www.cvtampang.tripod.com/id21.html

Sunday 19 May 2013

Tak galak rokok elektronik



Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my


Dalam tempoh 24 jam selepas itu pula, karbon monoksida yang juga ‘racun jangka’ kepada paru-paru disingkirkan daripada tubuh bersama mukus. Kandungan lain dalam rokok pula mula dikeluarkan dari organ pernafasan itu.

Malah hanya dalam tempoh dua hari, tiada lagi kandungan nikotin dalam badan selain keupayaan deria rasa dan bau pulih seperti sedia kala. Ini kerana merokok menyebabkan lidah menjadi kebas.

Begitulah betapa pantasnya tubuh membersihkan dirinya sebaik seseorang membuat keputusan untuk menghentikan tabiat merokok yang mendedahkan mereka kepada 7,000 jenis racun merbahaya yang menyumbang kepada penyakit kanser.

Bagi mereka yang ingin membebaskan diri daripada tabiat buruk itu, terdapat banyak kaedah yang diguna pakai ketika ini antaranya terapi gantian nikotin menggunakan cara tampalan, menyedut, gula-gula getah atau pengambilan ubat.

Namun sejak akhir-akhir ini, wujud satu lagi kaedah yang semakin popular di kalangan perokok tegar iaitu rokok elektronik yang mempunyai kandungan nikotin pada paras lebih rendah bagi mengawal ketagihan terhadap rokok.

Rokok elektronik ialah alat yang menggunakan kuasa bateri dan membolehkan nikotin yang berada dalam bekas katrij yang dimasukkan dalam alat berkenaan, disedut oleh penggunanya. Tiada asap sebenar dikeluarkan sebaliknya ia hanyalah wap hasil pemanasan nikotin bersama beberapa bahan tidak merbahaya.

Ada kenyataan mengatakan rokok elektronik lebih membahayakan kesihatan seseorang berbanding rokok biasa namun sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan?

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Sallehudin Abu Bakar, kenyataan yang mengatakan rokok elektronik lebih merbahaya berbanding rokok biasa tidak begitu tepat jika kandungan kimia antara kedua-duanya dibuat perbandingan.

Berbeza dengan rokok biasa yang mengandungi 5,000 hingga 7,000 bahan kimia, rokok elektronik hanya mempunyai empat bahan iaitu nikotin cecair yang dicampurkan dengan tiga bahan yang biasa digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan iaitu propylene glycol, polyethylene glycol dan glyserin sayuran.

Malah katanya, rokok elektronik dihasilkan oleh seorang ahli farmasi di China pada 2003 yang mempunyai matlamat untuk membantu perokok tegar yang sangat sukar meninggalkan tabiat merokok.

“Tiga bahan tadi dicampurkan bagi memberikan kesan asap seperti rokok. Apabila ia dipanaskan, ia menukarkan nikotin dalam bentuk cecair menjadi wap. Namun paras nikotin yang ada dalam rokok elektronik memang berbeza, ada yang tinggi dan ada yang rendah,” katanya.

Beliau berkata, rokok elektronik boleh menjadi bahaya kepada penggunanya apabila nikotin yang bercampur dengan kandungan asid nitrik dalam udara, bertukar menjadi bahan kanser iaitu nitrosamines yang khusus datang daripada tembakau.

Menurut Dr Sallehuddin, misalnya apabila seseorang menghisap rokok elektronik di kawasan sibuk dengan asap kenderaan, udara berkenaan penuh dengan asid nitrik dan apabila bercampur dengan wap nikotin, ia boleh mendedahkannya kepada kanser.

“Jika hisap di rumah pula dan berdekatan dengan dapur gas, kesannya juga tetap merbahaya kepada pengguna rokok elektronik apabila asapnya bercampur dengan wap nikotin dan kandungan nitrik asid yang ada dalam udara.

“Sekiranya menggunakan rokok elektronik dalam tempoh berpanjangan, pengguna juga boleh terdedah kepada risiko kanser. Namun bagi perokok tegar, rokok elektronik ialah alternatif yang jauh lebih selamat jika mereka mahu membuang tabiat merokok secara perlahan-lahan,” katanya.

Ketika ini, penggunaan rokok elektronik dibenarkan dari segi undang-undang di beberapa bahagian Amerika Syarikat tetapi masih dikawal terutama di kawasan awam dan ia tidak dibenarkan dijual kepada golongan bawah umur.

Di United Kingdom pula yang juga pasaran terbesar bagi rokok elektronik di Eropah, penjualan, pengimportan dan penggunaan rokok itu sah di sisi undang-undang dan tiada perlembagaan khusus berkaitan rokok elektronik di seluruh Kesatuan Eropah buat masa ini.

Di Austria, rokok elektronik dianggap sebagai produk perubatan dan perlu didaftarkan sebelum dijual kepada orang awam. Di Jerman dan Belanda, ia dibenarkan namun di beberapa negara Eropah lain termasuk Belgium, Denmark, Finland dan Norway, rokok elektronik diharamkan.

Dr Sallehudin berkata, biarpun rokok elektronik pilihan lebih baik kepada perokok tegar yang ingin berhenti merokok, dibimbangi ia akan akan menjadi trend baru hingga menarik perhatian bukan perokok untuk mengamalkan tabiat berkenaan.

Apatah lagi ketika ini sudah wujud perasa tertentu yang boleh membuatkan menghisap rokok elektronik menjadi lebih nikmat, berbanding sebelum ini.

Selain itu, jumlah nikotin yang ada dalam rokok elektronik biarpun tidak banyak, boleh menyebabkan ketagihan sekiranya digunakan dalam tempoh yang lama dan kerap.

“Namun sebenarnya faktor ketagihan juga berdasarkan genetik kerana ada yang mudah ketagih tetapi ada pula yang tidak ketagih. Empat faktor lain yang menyebabkan ketagihan ialah nikotin, psikologi, tabiat dan sosial,” katanya.

Menurut Dr Sallehudin, golongan wanita didapati lebih mudah terdedah kepada penyakit kanser akibat kesan menghisap rokok berbanding lelaki, biarpun tempoh menghisap rokok lebih pendek berbanding lelaki.

Rokok berada pada tangga kedua bagi pembunuh utama di dunia selepas garam yang menyebabkan penyakit darah tinggi, diikuti gula (diabetes) dan lemak (kolesterol).

“Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan seseorang menggunakan rokok elektronik sebagai cara membuang tabiat merokok sebaliknya kami menyarankan mereka menggunakan kaedah kaunseling dan rawatan gantian berasaskan nikotin termasuk ubatan yang ada nikotin seperti varenicline dan bupropian,” katanya.

Sementara itu, Jururawat Unit Pendidikan Kesihatan Klinik Berhenti Merokok Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Markamah Munadar berkata, pihaknya tidak menggalakkan penggunaan rokok elektronik, sebaliknya menggunakan kaedah kaunseling serta terapi gantian nikotin bagi merawat perokok tegar yang dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

Kaedah rokok elektronik jarang digunakan kerana pihaknya mahu tabiat menghisap rokok dihentikan bukan saja secara fizikal tetapi dari segi psikologi.

“Di klinik, kami menggunakan rawatan gantian nikotin yang diambil secara oral dan tampalan. Adakalanya ia digabungkan bagi membantu perokok tegar meninggalkan tabiat buruk itu dengan lebih berkesan.

“Semua kaedah ini sebenarnya lebih berkesan kepada mereka yang memang mempunyai tekad atau datang sendiri ke klinik kerana mahu berhenti merokok. Ini kerana ketagihan juga disebabkan oleh psikologi dan lebih berjaya jika kita mempunyai azam,” katanya.

Bagi kaedah tampalan, ia perlu ditampal selama 16 jam sehari bermula sebaik bangun tidur awal pagi bagi mengurangkan keinginan merokok dan ditanggalkan ketika waktu tidur.

Penggunaan kaedah tampalan diteruskan sehingga seseorang itu berasa mereka sudah boleh berdikari dan mampu mengawal keinginan untuk kembali kepada tabiat merokok.

Bagi kaedah mengunyah gula-gula getah yang mengandungi nikotin pula, ia boleh dikunyah selama setengah jam setiap kali keinginan menghisap rokok memuncak.

Lebih menarik, pengambilan ubatan terbabit akan menyebabkan perokok mula kehilangan nikmat menghisap rokok dan sekiranya dijalankan secara teratur ditambah keazaman yang tinggi, mereka akan meninggalkan tabiat merokok.

Menurut Markamah, sepanjang tahun lalu dia sudah merawat seramai 544 pesakit dan 30 peratus daripadanya berjaya meninggalkan tabiat merokok. Lapan peratus daripada perokok yang dirawatnya ialah wanita.

“Saya pernah merawat seorang lelaki yang menghisap rokok sejak remaja hingga berusia 60 tahun namun selepas mengikuti program rawatan di klinik, dia akhirnya berjaya meninggalkan tabiat itu.

“Kami memang menggalakkan sesiapa yang ingin berhenti rokok untuk datang ke klinik berhenti merokok yang ada di semua hospital kerajaan untuk menjalani rawatan secara percuma,” katanya.

Bulan pertama selepas meninggalkan tabiat merokok, perokok tegar akan mengalami reaksi yang agak teruk seperti batuk-batuk dan pengeluaran kahak sama ada berbau atau mempunyai warna namun ia sebenarnya proses pembersihan yang dilakukan tubuh.

Dengan gabungan ubatan, senaman pernafasan serta minum banyak air, ia akan membantu proses pembersihan menjadi lebih lancar. Tiga hari selepas meninggalkan tabiat merokok, pernafasan akan menjadi lebih lancar, paru-paru akan mula tenang dan tahap tenaga meningkat.

Dalam tempoh antara tiga hingga sembilan bulan selepas itu, batuk yang mengeluarkan bunyi berdesit dan gangguan pernafasan beransur kurang dan fungsi paru-paru meningkat sehingga 10 peratus.

Lima tahun selepas itu, risiko serangan penyakit jantung menurun kepada kadar separuh berbanding perokok dan 10 tahun selepas itu, risiko penyakit kanser paru-paru menurun kepada kadar separuh berbanding perokok dan risiko serangan jantung kembali kepada kadar individu yang tidak merokok.


FAKTA:

  • Statistik terbaru mengenai ketagihan merokok di negara ini begitu menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007.
  • Menurut kajian pakar elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti Alberta, Kanada, Roopinder Sandhu, wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah berkaitan jantung.
  • Kira-kira 40 jenis penyakit ada hubung kait dengan merokok, termasuk barah mulut dan paru-paru.
  • Rokok mengandungi 4,000 hingga 7,000 bahan kimia merbahaya.
  • Statistik di Malaysia menunjukkan setiap hari seramai 40 hingga 50 perokok baru mulai terjebak ke kancah itu.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok.
  • Statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan terdapat 600,000 kematian setahun berlaku di seluruh dunia disebabkan pendedahan kepada asap rokok dan 64 peratus daripada angka terbabit ialah wanita.
  • Tuesday 25 September 2012

    Pemantauan PPDA Daerah Klang Pusingan 2

                                     pada tarikh 29 ogos .Pemantauan PPDA Daerah Klang Pusingan 2 telah dijalankan










    lawatan dari sekolah-sekolah daerah klang

                                                         Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
                           pada bulan 8 yang lepas,Kami terdapat lawatan dari sekolah-sekolah daerah klang
                           












    PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    Pada bulan enam yang lepas, kami telah membawa 5 Pembimbing
    Rakan sebaya dan 3 ahli PROSTAR ke 
    Sekolah Kebangsaan Klang untuk menjayakan 
    Program Gaya Hidup Sihat. 

    Guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Klang

    Guru dari S.M.K Shahbandaraya,
    Puan Faezah dan Encik Syed Hamzah.

    Encik Syed Hamzah di beri peluang untuk memberi tahu serba sedikit
    tentang program kami.
    dan kemudiannnya Guru Besar dari Sekolah Kebangsaan Klang memberi ucapannya.


    Kemudiannya kami memulakan program berkenalan dengan para pelajar 
    darjah 4 Sekolah Kebangsaan Klang seramai 40 orang.
    Dan seterusnya bersenamrobik bersama mereka yang diketuai
    oleh Pembimbing Rakan Sebaya kami iaitu Gan Ee How.



    Setelah bersenamrobik kami mengadakan pertandingan melukis poster.
    Semua pelajar terlibat dalam pertandingan ini.
    Masing-masing cuba mengeluarkan idea mereka untuk
    melukis poster dengan tema 'Gaya Hidup Sihat'.
    Kebanyakan mereka sungguh berbakat.


    Aktiviti seterusnya kami membahadikan mereka kepada empat kumpulan
    bersama dua fasilitator setiap kumpulan.
    Di sini kami menyedikan puzzle yang berlainan bagi
    keempat-empat kumpulan dan meminta mereka mecantumkannya.




    Setelah mencantum dan mengenal pasti gambar yang tertera,
    fasilitator pula bertindak menerangkan mereka 
    makna tersirat di sebalik gmbar itu. Dan kesemua gmbar itu adalah kesan
    dan akibat daripada merokok.
    Para pelajar di beritahu bagaimana perokok ini
    boleh terjebak dengan gejala rokok dan cara untuk berhenti merokok.
    Dalam masa yang sama, mereka di beri pengetahuan
    tentang akibat merokok yang membawa kesan negatif kepada setiap individu
    malah orang sekeliling juga dan boleh memberi kesan kepada
    negara terutamanya.



    Kemudiannya acara penutup kami iaitu penyerahan hadiah
    kepada para pemenang melukis poster.
    Kami memillih tiga peserta terbaik dan tujuh lagi hadiah saguhati.
    kami ucapkan tahniah kepada para pemenang dan juga
    mereka yang menyertai.



    Tamat acara kami bergambar beramai-ramai untuk merakamkan
    kenangan terindah bersama walaupun hanya
    seketika cuma.



    Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.
    Semuanya atas kerjasama semua pihak. Terutama pelajar 
    Sekolah Kebangsaan Klang.
    Juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada
    pihak sekolah kerana dapat bekerjasama dengan kami dalam menjayakan
    progam ini dan layanan yang sungguh baik.

    Sekian sahaja. Assalamualaikum.